14 November 2009

AIRMATA RASULALLAH SAW

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. 'Bolehkah saya masuk?' tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, 'Maafkanlah, ayahku sedang demam', kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, 'Siapakah itu wahai anakku?'
'Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,' tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.

Seolah-olah bahagian demi! bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia.
Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.

Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

'Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?', tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu.
'Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,' kata Jibril.
Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. 'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?', tanya Jibril lagi.
'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?'
'Jangan khawatir, wahai Rasul ! Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat
Muhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik.

Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. 'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.'
Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

'Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?'
Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.
'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi.

'Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.'
Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.
Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, ! Ali segera mendekatkan telinganya. 'Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku'
'peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.'


Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.
Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

'Ummatii,ummatii,ummatiii?' - 'Umatku, umatku, umatku'
Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.
Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?
Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi

Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

KITA YANG SERING TERLUPA

Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari.
...pasanganku
Bila sedih, aku cari....Mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....Mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....Emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....Mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. Mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon Mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak

Renungkan:

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
bolehkah kau kirim wang untuk Mak?
Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya........
Tapi kalau Mak sudah tiada..........

MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup. mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup..... membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup....... membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyangkan JENAZAH ibunya......




RENUNGKANLAH.......!!!!!!!!


ERTI PERSAHABATAN


Persahabatan Yg Sejati Akan Membawa Kpd Kerinduan Yg Abadi, Org Yg Rugi Ialah Org yG Tidak Memperolehi Sahabat & Yg Paling Rugi Ialah Dtinggalkan Sahabat.Sesungguhnya Persahabatan Itu Lebih Unggul Drp Percintaan,Tanpa Persahabatan Percintaan Akan Berakhir,Tetapi Tanpa Percintaan Sahabat Blh Kekal,Oleh Itu Hargailah Persahabatan Yg Terjalin... Kerana Sahabat Mewakili Sesuatu Kekuatan..Sahabat Yg Paling Baik Adalah "DIRI" Kita Sendiri Yg Tahu Menilai Setiap Apa Yg Kita Lakukan..Hadiah Yg Paling Berharga Dlm Erti Kata Sahabat Yg Sebenar.Bergaullah Dng Manusia Sebaiknya Sehingga Kalau Kamu Mati Mereka Tanggisi Dan Kalau Hidup Mereka Selalu Merindu........Yg Indah Itu Pertemuan.....Yg Manis Itu Kemesraan.....Yg Pahit Itu Perpisahan....Yg Tinggal Hanya Kenangan... ERTI S.A.H.A.B.A.T :
S = Sayang menyayangi antara satu sama lain perlu untuk membina sebuah persahatan.
A = Akrab Keakraban atas dasar keikhlasan memberikan kesan yang cukup baik
dalam kehidupan kita setiap masa.
H = Hati mesti baik dan jujur.
A = Amanah bersikap amanah dalam apa jua yang kita lakukan.
B = Budi berbudi dengan kawan, sampai bila @kawan-kawan akan terus mengingat kita.
A = Pemaaf Jangan berdendam dan lupakan kisah silam agar persahatan itu tetap erat. T = Tolong menolong antara satu sama lain akan mengeratkan perhubungan.


Sayangi sebuah perkenalan krn di situ terciptanya Kemesraan...
Kenangi sebuah perhubungan krn di situ tercipta KERINDUAN...
Hargai kedua-duanya krn itulah RAHMAT DARI YANG MAHA ESA...

12 November 2009

FANTASIA BULAN MADU BUAT KEKASIHKU



Lagu ini kutujukan buat kekasihku yang amat ku sayangi.

11 November 2009

JOM MAKAN COKLAT


ASID OLEIK
Adalah sejenis asid lemak tidak tepu yang terdapat di dalam coklat dan peranannya adalah untuk merendahkan paras kolestrol dalam darah.

ASID STERIK
Merupakan asid lemak tepu yang terkandung di dalam koko dan ianya mampu memberikan kesan neutralterhadap paras kolestrol di dalam darah.

COKLAT
Amalan memakan coklat dua kali seminggu atau lebih mampu mengurangkan risiko kematian akibat serangan jantung dan mampu menstabilkan tekanan darah serta memulihkan aliran darah berbanding dengan mereka yang tidak mengambilnya.

09 November 2009

HOW TO CHECK IF YOUR MAN IS A VIRGIN



"A very 'straight and honest' girl is going to Kuala Lumpur . Before she
left, her mother gave her some advice.

"Daughter, when you're in KL and if you're looking for a match there,
you must take note of the following requirements Mother set for you. You
must find a man that is 'faithful', not 'spendthrift' and must be a
'virgin'."

With this advise from her mother, the girl went to Town.
After some months later, she came home to her kampung to get her
mother's blessings to marry.

"Mother, I've met my match following your instructions. My future
husband is faithful because when we went out for a holiday one day, he
took care of me specifically even though there were so many prettier
girls around. Isn't that being faithful?".

Her mother nodded in agreement.

"Then, since the day was getting late in the night and rain was
pouring, my boyfriend decided that we stay the night at a hotel. He also
suggested that in order not to spend too much, we shared one room only.
Isn't he not spendthrift guy?"

For the second time her mother nodded her head in agreement, but with a
little concern.

"And finally mum..., I know he is a virgin".

"How did you know he is still a virgin?" The mother asked with
repidition.

"Mmm....his 'that one' is new......still wrapped up in plastic,mum!"

WANITA vs LELAKI


FITNAH LELAKI TERHADAP WANITA...



>
> Salah satu kegemaran orang perempuan ialah salin resepi, fotostat
> resepi dan hafal resepi. Dan salah satu ketidakgemaran orang perempuan
> ialah masak ikut resepi!
> ________________________________________
>
> Menurut satu kajian;
> kebanyakan wanita kan berkata, tengok anak orang teringat anak kita.
> Dan menurut satu kajian lagi;
> kebanyakan lelaki akan berkata, tengok bini orang terlupa bini kita!
> ________________________________________
>
> Selangkah lelaki sama dengan tiga langkah orang perempuan bila
> berjalan tapi tiga langkah orang lelaki akan menjadi satu langkah orang
> perempuan bila dia orang nampak ada jualan besar-besaran!
> ________________________________________
>
> Wanita memang pemurah...sebab itu diaorang bermurah hati tabur duit
> kat shopping complex tiap-tiap minggu!
> ________________________________________
>
> Orang perempuan tidak akan menjadi perempuan yang baik sekiranya
> dia tak tahu...tarik muncung empat, lima depa time merajuk! Sekali pandang
> lipstik kat bibir perempuan tu sama sahaja warna merah, tapi dua
> kali pandang warna tu sebenarnya tak sama; ada merah ros, merah sirap,
> merah hati, merah darah dan duit merah!
> ________________________________________
>
> Menurut satu kajian, 99.9 peratus punca pergaduhan suami isteri
> adalah berpunca daripada isteri. Dan satu lagi kajian, 99.9 peratus punca
> pendapatan suami isteri adalah berpunca daripada suami!
> ________________________________________
>
> Antara orang yang disayangi wanita dalam dunia ini ialah suaminya
> dan tauke shopping complexnya!
> ________________________________________
>
> Binatang yang suka berlenggang dan tak berhenti-henti bersembang
> ketika berjalan ialah itik. Manusia yang suka berlenggang dan tak
> berhenti-henti bersembang ketika apa saja ialah per...per...!
> ________________________________________
>
> Wanita sanggup mengeluarkan berpuluh ringgit untuk beli alat make
> up dan mereka juga tergamak habiskan duit untuk membeli pencuci make up.
> Nampak sangat merekalah satu-satunya makhluk di muka bumi ini yang suka
> sangat buang duit beli alat make up!
> ________________________________________
>
> Orang perempuan akan membelek muka di cermin sekurang-kurangnya
> tiga kali sebelum ke tempat kerja, enam kali semasa kerja dan tiga kali
> pula selepas balik kerja dengan mengambil masa kira-kira setengah jam
> setiap kali. Ini bererti selama enam jam sehari orang perempuan buat kerja
> tak berfaedah-tengok muka sendiri!
> ________________________________________
>
> Menurut satu kajian, jumlah wanita memakai cermin mata adalah tiga
> kali ganda dibandingkan dengan lelaki. Ini adalah kerana mata wanita
> mudah rabun sebab mereka memang mudah rambang mata!
> ________________________________________
>
> Tempat yang selalu menjadi tarikan kepada wanita ialah shopping
> complex, pasar malam, pasar sehari dan pasar tani... Ini sekali lagi
> menunjukkan wanita memang suka menghabiskan duit!
> ________________________________________
>
> Seorang lelaki yang beragama Islam dibenarkan untuk berkahwin
> empat. Jika semua lelaki yang ada di Malaysia ni, tak kira yang tua
> ataupun yang muda berkahwin empat, kaum wanita tetap tak boleh lari dari
> kes mengumpat.
> ________________________________________
>
> Menjelang bulan puasa, rata-rata orang perempuan akan mengurangkan
> kekerapan bercakap dan menambah kekerapan membeli-belah!
> ________________________________________
>
> Orang perempuan memang mudah kecil hati. Dalam sehari sekurang-
> kurangnya lima enam kali mereka berkecil hati. Jika ini berterusan
> selama beberapa tahun tak mustahil lama-lama orang perempuan akan
> kehabisan hati!
> ________________________________________
>
> Wanita telah diiktiraf sebagai kaum yang paling bijak terutama
> dalam hal berbelanja!
> ________________________________________
>
> Kebanyakan perempuan akan cari kawan bila nak makan, tapi mereka
> jarang benar keluar belanja kawan makan!
> ________________________________________
>
> Menurut satu perangkaan, gigi orang perempuan tidak boleh bertahan
> lama. Paling lama cuma sampai umur 50 saja. Selepas itu orang perempuan
> cuma tinggal gusi. Ini adalah kesan kuat bercakap ketika muda.
> ________________________________________
>
> Sejenis burung yang boleh terbang sepanjang hari tanpa megibaskan
> kedua-dua sayapnya dikenali sebagai albatross. Sejenis manusia yang
> boleh bercakap sepanjang hari tanpa henti-henti dikenali sebagai...
> ________________________________________
>
> Salah satu kegemaran orang perempuan ialah menyimpan kuku panjang.
> Kalau dihimpun dan dicantumkan kuku-kuku orang perempuan seluruh
> Malaysia, ianya sama panjang dengan jambatan Pulau Pinang!
> ________________________________________
>
> Hampir kesemua wanita memang suka memakai kasut bertumit tinggi.
> Kebiasaannya paling tinggi tumit kasut seorang wanita ialah 10 cm.
> Jika semua kaum wanita di Malaysia, ini termasuklah Sabah dan Sarawak
> memakai kasut yang tumitnya setinggi 10 cm, tumit-tumit kasut itu kalau
> dikumpulkan cukup untuk dibuat sup untuk seluruh rakyat Malaysia,
> tak kira lelaki ataupun perempuan!
>
>
> *jangan rasa dukacita dengan kemiskinan harta,sebaliknya
> bersedihlah dengan kemiskinan jiwa*