Setiap hari kita sering membaca di akhbar mengenai kemalangan yg berlaku bukan sahaja di negara kita malahan di seluruh dunia. Persoalannya, apakah yg menjadi faktor utama yg menyumbang kepada peningkatan kadar kemalangan yg terus berlaku?
Adakah kerana sikap pemandu di jalan raya?
Adakah kerana keadaan kenderaan? atau,
Adakah memang sudah takdir?
Namun lupakah kita tentang firman Allah : Aku tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka sendiri yg mengubahnya....
Aku juga pernah mengalami kemalangan yg melibatkan penunggang motosikal warga Indonesia. Gambar di sebelah ini menunjukkan keadaan kereta aku selepas kemalangan. Namun bukan ini yang hendak aku bangkitkan sebaliknya tentang betapa lemahnya penguatkuasaan oleh penguatkuasa undang2 di negara kita kerana mmbiarkan penunggang warga Indonesia ini menunggang di atas jalan raya kita yg sudah pasti tanpa mempunyai lesen memandu yg sah. Dan akibatnya aku terpaksa menanggung bahana akibat kelemahan pihak penguatkuasa dan sikap penunggang itu sendiri. Hampeh betul.....
Semoga ini akan menjadi pengajaran utk kita semua agar lebih berhati-hati dimasa hadapan.......
PANDU DAN TUNGGANGLAH DENGAN CERMAT DAN SELAMAT. INGATLAH ORANG2 TERSAYANG....


Tiada ulasan:
Catat Ulasan